awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
Malam Legasi Adibah Amin: Minda tajam, kosa kata kekal dalam ingatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 36,000 pemilih baharu didaftar dalam daftar pemilih tambahan Februari

Bernama
Bernama
18/03/2026
10:07 MYT
Lebih 36,000 pemilih baharu didaftar dalam daftar pemilih tambahan Februari
DPT BLN2/2026 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 18 Mac hingga 16 April ini.

Sebanyak 36,141 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 28 Feb lepas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu di bawah Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari Tahun 2026 (DPT BLN2/2026).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata DPT BLN2/2026 yang diperakukan pada 17 Mac dan diwartakan hari ini turut mengandungi 14,129 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya serta 2,322 pemilih bertukar kategori pengundi atau status.

“DPT BLN2/2026 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 18 Mac hingga 16 April ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata SPR menyeru warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh berkenaan serta mana-mana pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau kategori pengundi atau status supaya menyemak nama mereka dalam daftar tersebut.

Beliau berkata sekiranya nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN2/2026, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.

Beliau berkata pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang berhasrat membuat bantahan terhadap kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya boleh mengisi Borang D melalui aplikasi sama atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.

“Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri melalui pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan bersama fi bantahan sepanjang tempoh semakan,” katanya.

SPR turut menyediakan lima kaedah semakan DPT BLN2/2026, iaitu melalui portal rasmi SPR https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak serta talian hotline 03-8892 7218.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#SPR
# DPT
#pemilih tambahan
#semakan
#borang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan