awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 4,000 mangsa banjir di Sabah berlindung di 32 PPS setakat pagi ini

Astro AWANI
Astro AWANI
23/02/2026
01:20 MYT
Lebih 4,000 mangsa banjir di Sabah berlindung di 32 PPS setakat pagi ini
Sebanyak 4,348 orang daripada 1,774 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 3,427 orang daripada 1,449 keluarga malam tadi. - Gambar fail
Sabah menyaksikan peningkatan ketara jumlah mangsa banjir apabila sebanyak 4,348 orang daripada 1,774 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 3,427 orang daripada 1,449 keluarga malam tadi.
Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, kesemua mangsa ialah penduduk dari 70 kampung di tiga daerah yang terjejas akibat banjir, iaitu Pitas, Paitan dan Tawau.
"Mereka ditempatkan di 32 PPS yang dibuka di ketiga-tiga daerah berkenaan," menurut kenyataan itu.
Pitas masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,618 orang daripada 1,276 keluarga berbanding 2,171 orang daripada 1,078 keluarga setakat semalam.
Paitan turut menyaksikan pertambahan dalam jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS iaitu 1,485 orang daripada 443 keluarga manakala Tawau kekal dengan 245 orang daripada 55 keluarga.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#PPS
#mangsa banjir
#Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan