awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
10/06/2020
08:09 MYT
Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP
Sebanyak 84.2 peratus pula mempercayai COVID-19 mempengaruhi sikap mereka untuk mengembara. - Gambar fail
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Tourism Malaysia telah melakukan tinjauan persepsi rakyat Malaysia mengenai pelancongan domestik selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap 13,797 individu di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, daripada tinjauan itu, sebanyak 50.9 peratus responden percaya bahawa melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.
"Sebanyak 84.2 peratus pula mempercayai COVID-19 mempengaruhi sikap mereka untuk mengembara manakala 71.3 peratus memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan berbanding ke luar negara.
"Dalam tinjauan itu juga mendapati bahawa 30.7 peratus individu dalam kajian ingin bercuti antara enam bulan sehingga setahun, diikuti 22.8 peratus (dua hingga enam bulan) dan 22.6 peratus kurang dari dua minggu," katanya dalam sidang media pembukaan semua pelancongan domestik di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Nancy berkata, bagi merancakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan negara, strategi-strategi awal pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan telah dikenalpasti.
Jelas beliau, antaranya termasuk mengutamakan platform digital seperti media sosial, laman blog, laman sesawang, e-pasaran dan sebagainya.
"Kita juga akan melakukan re-model promosi dan pemasaran di mana ia akan memfokuskan kepada mengembalikan keyakinan masyarakat tempatan dan antarabangsa untuk melancong semula melalui aktiviti perhubungan awam untuk memaklumkan bahawa Malaysia adalah destinasi yang selamat dan sentiasa mengutamakan faktor kebersihan dan keselamatan.
"Selan itu, meningkatkan standard dan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan terutamanya dari segi kebersihan dan keselamatan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) di tempat tarikan pelancong utama supaya pelancong berpuas hati serta berasa selamat, maka mereka akan memilih untuk tinggal lebih lama serta melawat lebih banyak tempat," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#blog
#keselamatan
#koronavirus
#Majlis Keselamatan Negara
#Malaysia
#Media
#media sosial
#Nancy Shukri
#operasi
#pelancong
#pelancongan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#rakyat
#rakyat Malaysia
#SOP
#Tourism Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan