awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Tiada sekatan guna MyKad untuk subsidi BUDI95 selagi patuhi peraturan - JPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 50 rumah dipukul ribut di Padang Setengge

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2021
21:18 MYT
Lebih 50 rumah dipukul ribut di Padang Setengge
Anggota Pertahanan Awam melakukan operasi pemotongan pokok yang tumbang serta membersihkan kawasan yang terbabit. - Astro AWANI
HULU TERENGGANU: Lebih 50 buah kediaman penduduk di perumahan Padang Setengge di sini mengalami kerosakan selepas dipukul ribut petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Terengganu, Kapten (PA) Mohd Zabri Abd Razak berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu mengakibatkan kerosakan sekitar 20 hingga 80 peratus, terutamanya pada bahagian bumbung rumah penduduk.
Katanya, ribut yang melanda sebelum disusuli hujan lebat itu juga menyebabkan beberapa batang pokok tumbang.
“Ribut ini bermula pada pukul 6 petang dengan angin yang kuat, di mana dalam kejadian tersebut terdapat beberapa buah rumah yang atap tercabut.
"Dan, beberapa batang pokok tumbang menghalang laluan untuk keluar ke jalan utama di Kampung Padang Setengge, Hulu Terengganu.
“Ia melibatkan anggaran 50 buah rumah lebih, tetapi setakat ini belum pasti lagi bilangan yang sebenarnya terlibat,” katanya.
Jelasnya, sejurus menerima maklumat pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian bagi membuat pemantauan dan melakukan operasi pemotongan serta membersihkan kawasan yang terbabit.
Beliau berkata, susulan kejadian itu kemungkinan pusat pemindahan sementara akan dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ribut berkenaan.
Topic Berkaitan
#pusat pemindahan
#ribut
#terengganu
#kemalangan
#Padang Setengge
#angkatan pertahanan awam
#hujan lebat
#Pokok tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan