awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 550 tan produk sejuk beku dirampas di Donggongon

Bernama
Bernama
04/03/2026
01:50 MYT
Lebih 550 tan produk sejuk beku dirampas di Donggongon
Lebih 550 tan produk ayam dan daging sejuk beku dirampas dalam serbuan Ops Bersepadu dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama beberapa agensi berkaitan di Donggongon, Penampang, semalam. - Gambar ihsan Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sab
Lebih 550 tan produk ayam dan daging sejuk beku dirampas dalam serbuan Ops Bersepadu dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama beberapa agensi berkaitan di Donggongon, di sini, semalam.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata, operasi bermula 10 pagi di Kampung Nambazan itu dilaksanakan susulan keraguan terhadap status serta dokumentasi produk berkenaan.
Beliau berkata, pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan mendapati sebahagian produk yang dijumpai telah melepasi tarikh luput.
"Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut membuat pengesahan terdapat keraguan terhadap dokumen dikemukakan kerana wujud ketidakpatuhan undang-undang berkaitan keselamatan makanan dan peraturan veterinar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan hasil maklumat serta perkongsian risikan antara agensi yang terlibat bagi memastikan keselamatan makanan dan kepentingan pengguna terus terpelihara.
"Serbuan dilakukan ke atas sebuah premis yang disyaki menjadi hab penyimpanan produk tersebut. Hasil serbuan telah membongkar jumlah kuantiti bahan mentah sejuk beku yang sangat besar disimpan di premis itu," katanya.
Seorang lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan dan operasi itu turut merampas sebuah fasiliti penyimpanan sejuk beku, menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM14,560,149.15.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Veterinar 2015 dan Akta Makanan 1983.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#produk sejuk beku
#Ops Bersepadu
#Pasukan Polis Marin
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan