awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 600 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 - Dr Adham

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
17/09/2020
13:30 MYT
Lebih 600 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 - Dr Adham
Dr Adham berkata pelbagai langkah disediakan bagi membantu petugas kesihatan untuk kembali bersemangat selepas dijangkiti wabak tersebut.
Lebih 600 petugas kesihatan di Malaysia dijangkiti COVID-19 sejak wabak itu mula menular di negara awal tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, 406 kes merupakan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Sehubungan itu, katanya pelbagai langkah disediakan bagi membantu mereka untuk kembali bersemangat selepas disahkan pulih.
"Kita ada Talian Sokongan Psikososial yang kita buka melalui CPRC (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan) di samping Talian Kasih oleh JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
"Kita sendiri membuat satu usaha di mana (unit) klinikal psikologi melaksanakan tanggungkawab mengajar dan memberi latihan kepada petugas kesihatan sebelum mereka merawat pesakit COVID-19.
"Kita juga ada buat kajian di kalangan petugas kesihatan sekiranya terdedah kepada situasi yang membahayakan diri sekiranya berada dalam keadaan tertekan," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Putrajaya In Orange sempena sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2020 di Putrajaya.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, antara masalah yang dihadapi petugas kesihatan termasuk tekanan tinggi kerana berjauhan dengan keluarga, kekurangan tenaga kerja, terlalu penat serta masalah berhubung tuntutan pampasan dan elaun, selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Mereka yang berhadapan dengan kes-kes psikososial ini, kita terus rawat mereka. Kita tidak benarkan mereka jalankan tugas merawat pesakit COVID-19.
"Kita juga menempatkan mereka ke seksyen lain dan kita berjumpa dengan mereka serta bawa bertemu pakar psikitari," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dijangkiti
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#KKM
#Malaysia
#menteri
#petugas kesihatan
#Putrajaya
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan