awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 70,000 premis, kemudahan awam rosak akibat serangan AS-Israel di Iran

Bernama
Bernama
20/03/2026
01:12 MYT
Lebih 70,000 premis, kemudahan awam rosak akibat serangan AS-Israel di Iran
Lebih 70,000 premis dan kemudahan awam rosak akibat serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran, kata Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran. - Gambar Reuters
Lebih 70,000 premis dan kemudahan awam rosak akibat serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran, kata Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran pada Khamis.
Anadolu Ajansi melaporkan, Pir Hossein Kolivand sebagai berkata, serangan itu turut mencederakan lebih 18,000 orang awam.
“Serangan itu mengakibatkan kerosakan terhadap lebih 70,000 premis dan kemudahan awam,” kata Kolivand dalam kenyataan yang dipetik oleh pewarta Anadolu.
Beliau menambah, sebanyak 251 pusat perubatan dan 498 kemudahan pendidikan turut rosak akibat serangan berkenaan.
Ketegangan serantau terus memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas, yang setakat ini mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, menyebabkan kematian dan kecederaan serta kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global dan penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Iran
#serangan Israel-AS
#Premis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan