awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 93,000 individu lengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
26/03/2021
08:31 MYT
Lebih 93,000 individu lengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19
Dr Adham berkata untuk tempoh sama, seramai 443,124 individu direkodkan telah menerima dos pertama dengan Selangor mencatat jumlah teramai iaitu 62,418 orang, diikuti Perak (49,535) dan Sabah (41,738). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 93,557 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Sarawak mencatat jumlah individu teramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 iaitu 11,017 diikuti Kelantan (10,726) dan Kuala Lumpur (10,662).
Seterusnya, Pahang (8,639), Perak (8,164), Johor (7,955), Selangor (6,355), Kedah (5,009), Terengganu (4,649), Negeri Sembilan (4,140), Pulau Pinang (3,855), Melaka (3,544), Sabah (3,220), Putrajaya (2,010), Labuan (1,759) dan Perlis (1,853).
Beliau berkongsi maklumat berkenaan menerusi satu infografik yang dimuat naik di laman Twitter rasminya hari ini.
Dr Adham berkata untuk tempoh sama, seramai 443,124 individu direkodkan telah menerima dos pertama dengan Selangor mencatat jumlah teramai iaitu 62,418 orang, diikuti Perak (49,535) dan Sabah (41,738).
Seterusnya Kuala Lumpur (38,645), Sarawak (36,385), Pahang (33,399), Johor (33,061), Pulau Pinang (31,740), Kedah (26,316), Negeri Sembilan (21,833), Terengganu (20,503), Kelantan (19,802), Melaka (11,248), Perlis (9,533), Putrajaya (4,622) dan Labuan (2,346).
Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua dos
#suntikan
#vaksin COVID-19
#Pfizer-BioNTech
#Sinovac
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#Dr Adham Baba
#Menteri Kesihatan
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan