awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih banyak syarikat swasta digesa babitkan diri dengan Program CSI untuk ODP

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
02/08/2019
07:27 MYT
Lebih banyak syarikat swasta digesa babitkan diri dengan Program CSI untuk ODP
Kira-kira 39,000 banduan telah menerima manfaat daripada program pemulihan di luar tembok penjara dengan kadar residivis di bawah 0.5 peratus. - Gambar Astro AWANI
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak lebih banyak syarikat swasta untuk membabitkan diri dalam program latihan industri, Corporate Smart Internship (CSI) khusus buat Orang Di Parol (ODP) bagi membantu mengurangkan kesesakan di dalam penjara.
Sejak pelaksanaan CSI pada tahun 2016, katanya seramai 2,928 ODP dilihat telah mendapat manfaat daripada program itu dan setakat ini telah melibatkan penyertaan 80 buah syarikat swasta di seluruh negara.
“Saya kira ini penting supaya kita dapat mengurangkan kesesakan di banyak penjara di Malaysia, memandangkan kita mempunyai kapasiti 50,000 yang sudah sedia ada hampir 70,000.
"Jadi disebabkan itu, kalau skim CSI ini kita laksanakan, maka bebanan kita akan berkurangan tetapi tanggungjawab itu boleh sama-sama ditanggung oleh syarikat-syarikat swasta.
"Dengan kira-kira 39,000 banduan telah menerima manfaat daripada program pemulihan di luar tembok penjara dengan kadar residivis atau kadar kemasukan semula bekas banduan ke penjara di bawah 0.5 peratus," katanya ketika merasmikan pelancaran Program Corporate Smart Internship (CSI) di Auditorium IPPM di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Jalan Kajang-Semenyih Bypass, di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa penglibatan daripada syarikat swasta di seluruh negara juga perlu diperluas dan dimanfaatkan sebaik mungkin.
“Jadi sebab itu hari ini kita buat ini untuk menyedarkan kepada lebih ramai sektor korporat untuk tampil mengambil bahagian” katanya lagi.
Dalam pada itu, katanya, cadangan supaya ODP dan ODS yang menyertai program CSI memakai peranti pemantauan elektronik (EMD) akan diperhalusi kerana membabitkan kos pembelian.
Topic Berkaitan
#banduan
#Corporate Smart Internship CSI
#Jabatan Penjara Malaysia
#Malaysia
#Menteri Dalam Negeri
#Muhyiddin Yassin
#Orang Di Parol ODP
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan