awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga global: Tangkapan ikan negara tidak terjejas, simpanan mencukupi
Bekas CEO, pengerusi syarikat ditahan, skandal saham babit kerugian dana awam RM300 juta
Perbicaraan guru dakwa Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh disambung Jun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih sejuta pembayar cukai telah hantar e-Filing setakat minggu pertama - LHDN

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/03/2026
03:38 MYT
Lebih sejuta pembayar cukai telah hantar e-Filing setakat minggu pertama - LHDN
Kebanyakan pembayar cukai memilih untuk menggunakan kemudahan e-Filing yang disediakan secara dalam talian. - Gambar hiasan
Lebih sejuta pembayar cukai individu telah mengemukakan borang cukai pendapatan menerusi sistem e-Filing setakat minggu pertama selepas musim pengisytiharan cukai dibuka pada 1 Mac lalu.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Marsidi Zelika, setiap tahun kira-kira tujuh juta pembayar cukai individu dijangka mengemukakan borang cukai mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, selain sekitar 300,000 pembayar cukai syarikat.
"Jumlah permohonan yang tinggi pada minggu pertama adalah perkara biasa kerana ramai pembayar cukai memilih untuk mengemukakan borang lebih awal, ditambah ketika ini musim perayaan Aidilfitri.
"Ini kerana pembayar cukai sedar bahawa penghantaran borang lebih awal membolehkan mereka menerima bayaran balik cukai dengan lebih cepat sekiranya layak," katanya kepada Astro AWANI, pada Isnin.
Musim pengisytiharan cukai bagi tahun ini bermula pada 1 Mac dengan kebanyakan pembayar cukai memilih untuk menggunakan kemudahan e-Filing yang disediakan secara dalam talian.
Selain itu, beliau memaklumkan pelepasan cukai yang paling banyak dituntut ialah pelepasan cukai untuk anak.
"Ini seiring dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan produkviti Malaysia dengan meramaikan kelahiran.
"Itu adalah antara pelepasan paling banyak dituntut selain insurans nyawa dan tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), itu antara tiga jenis pelepasan paling banyak dituntut buat masa ini," ujarnya.
Justeru itu, beliau menyeru kepada pembayar cukai agar segera membuat permohonan e-filing bagi memastikan semakan semula dapat dilakukan dan tidak menunggu saat akhir untuk melengkapkan borang.
Topic Berkaitan
#cukai
#LHDN
#e-filing
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan