awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebuhraya Pantai Barat gesa orang ramai rancang perjalanan pulang hujung minggu ini

Bernama
Bernama
20/02/2026
04:18 MYT
Lebuhraya Pantai Barat gesa orang ramai rancang perjalanan pulang hujung minggu ini
Menurut WCE, pemandu dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan memuat turun Aplikasi WCE App bagi mendapatkan maklumat trafik masa nyata, paparan CCTV secara langsung serta info terkini lebuh raya itu. - Foto Sinar Harian
Lebuhraya Pantai Barat (WCE) menggesa orang ramai untuk merancang perjalanan pulang mereka hujung minggu ini memandangkan trafik dijangka meningkat ke arah Lembah Klang susulan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah serta ketibaan awal Ramadan.
Menurut WCE kesesakan paling teruk dijangka berlaku bermula pertengahan petang hingga lewat malam di laluan masuk ke Lembah Klang, dengan jumlah kenderaan harian diunjurkan melebihi 160,000.
"Berbeza dengan aliran keluar yang berperingkat pada awal musim perayaan, perjalanan pulang kali ini dijangka lebih padat susulan keperluan orang ramai untuk kembali kepada rutin harian menjelang awal Ramadan," katanya dalam satu kenyataan hari ini
Menurut WCE, pemandu dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan memuat turun Aplikasi WCE App bagi mendapatkan maklumat trafik masa nyata, paparan CCTV secara langsung serta info terkini lebuh raya itu.
WCE juga menggesa pengguna jalan raya untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan, mematuhi had laju, memakai tali pinggang keledar, sentiasa berwaspada dan peka, selain mengingatkan penunggang motosikal bahawa lorong kecemasan bukan lorong khas motosikal dan dikhaskan sepenuhnya untuk kegunaan kecemasan.
"Bagi pengguna kenderaan elektrik (EV), mereka boleh mengecas di stesen berkapasiti tinggi di jajaran Perak (Plaza Tol Trong, Plaza Tol Taiping Selatan) dan jajaran Selangor (Plaza Tol SAE, Plaza Tol Assam Jawa)," katanya.
Menurutnya, sekiranya berlaku kecemasan atau memerlukan bantuan sepanjang perjalanan di WCE, pengguna lebuh raya boleh menghubungi Talian Infoline WCE di 1700-81-6600 untuk bantuan segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WCE
#rancang perjalanan
#trafik
#Lembah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan