awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berpakaian pengebom bunuh diri ditahan

Bernama
Bernama
10/11/2017
13:22 MYT
Lelaki berpakaian pengebom bunuh diri ditahan
Polis berkata, seorang penduduk di kondominium berkenaan memaklumkan kepada pihaknya, melihat lelaki memakai pakaian ala pengebom bunuh diri ketika menaiki lif. - Gambar fail
Seorang lelaki yang dipercayai berpakaian ala pengebom bunuh diri pada 28 Okt lepas ditahan hari ini selepas dia tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dekat sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek berusia 35 tahun yang berasal dari Sana'a, Yaman itu hadir menyerah diri kira-kira 6 petang ini.
"Suspek akan direman esok dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selasa lepas, Mohd Zani berkata pihak polis sedang menjejaki seorang lelaki yang berpakaian ala pengebom bunuh diri ketika menghadiri sebuah majlis sambutan Halloween di sebuah kondominium di Damansara di sini, pada 28 Okt lepas,
Menurut Mohd Zani seorang penduduk di kondominium berkenaan memaklumkan kepada polis ada melihat lelaki memakai pakaian sedemikian ketika menaiki lif.
Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Damansara
#Halloween
#kondominium
#lif
#Mohd Zani Che Din
#pengebom bunuh diri
#Yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan