awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Pesara kerajaan, bekas pengerusi kuil didakwa kemuka tuntutan palsu RM50,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cuba sogok polis RM500 ditahan SPRM

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
16/03/2018
07:50 MYT
Lelaki cuba sogok polis RM500 ditahan SPRM
Suspek yang juga bekerja sendiri itu dipercayai cuba memberikan sogokan kepada seorang pegawai polis di balai berkenaan kira-kira jam 1.52 petang Rabu lalu. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menyogok pegawai polis sebanyak RM500 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, baru-baru ini.
Penetapan perintah reman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun itu dilakukan oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, pagi tadi.
Suspek yang juga bekerja sendiri itu dipercayai cuba memberikan sogokan kepada seorang pegawai polis di balai berkenaan kira-kira jam 1.52 petang Rabu lalu.
Tindakan lelaki tersebut adalah bagi mendorong pegawai polis terbabit membebaskan rakannya yang juga seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada ditahan di balai berkenaan.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.
Prosiding hari ini dikendalikan Pegawai Penyiasat SPRM, Nicholas Francis manakala suspek tidak diwakili peguam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim dalam kenyataan medianya kepada Astro AWANI semalam berkata, pegawai yang terlibat terdahulu sudah memberikan amaran terhadap suspek untuk memberhentikan niatnya (sogokan) namun tidak diendahkan sehingga berakhir kepada tangkapan.
Topic Berkaitan
#ditahan
#Indonesia
#IPD Penampang
#pati
#Rasuah
#reman
#sogok
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan