awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dakwa ditinggal di tepi jalan selepas dipukul

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2021
23:01 MYT
Lelaki dakwa ditinggal di tepi jalan selepas dipukul
Lelaki ini mendakwa telah 'dibuang' di tepi jalan di Kampung Sompo, Lenggeng pada Isnin. -Sinar Harian
NILAI: Seorang lelaki ditemui duduk bersendirian di tepi jalan di Kampung Sompo, Lenggeng di sini pada Isnin dan dipercayai ditinggalkan seseorang di kawasan terbabit.
Seorang kakitangan Klinik Kesihatan Lenggeng, V Yogeswaran, 30, yang berada di lokasi berkata, lelaki yang dianggarkan berusia 50-an itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan kelaparan kira-kira jam 3 petang.
Menurutnya, lelaki yang hanya berbaju t shirt dan berseluar pendek itu mendakwa telah 'dibuang' di situ selepas dia dipukul.
"Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah ke Taman Asoka, Mantin saya nampak ada polis dan penduduk berkumpul di tepi jalan itu dan apabila saya dekati, rupa-rupanya mereka sedang cuba membantu lelaki terbabit.
"Saya cuba tanya nama dan umurnya, tapi dia cakap tak pasti. Dia mendakwa ada orang yang 'buangnya' di situ selepas dihantar dengan van berwarna putih," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata, tiada pengenalan diri ditemui bersama lelaki berkenaan dan sebagai tindakan, Klinik Kesihatan Lenggeng telah menghantarnya ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, beliau juga telah menghubungi Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Lee Koon mengesahkan telah menerima kes lelaki terbabit dan mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengesan pengenalan diri termasuk warisnya.
Topic Berkaitan
#ditinggal tepi jalan
#dakwa dipukul
#jkm
#Kampung Sompo
#Lenggeng
#V Yogeswaran
#Taman Asoka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan