awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dicekup cuba rakam wanita mandi

Bernama
Bernama
05/11/2015
00:00 MYT
Lelaki dicekup cuba rakam wanita mandi
Menurut Zaini, suspek bila disoal, menjelaskan beliau kehilangan telefonnya di tempat kejadian sewaktu melawat rakannya yang tinggal di kondominium yang sama. - Gambar Hiasan
Seorang lelaki bukan saja gagal merakam adegan seorang wanita yang sedang mandi, malah 'terperangkap' oleh telefon bimbitnya sendiri yang digunakan untuk merakam.
Panik bila menyedari wanita tersebut mengesan sebuah telefon dalam mod rakam di tingkap bilik air rumahnya di sebuah kondominium di sini Ahad lepas, lelaki itu melarikan diri tanpa sempat mengambil telefonnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Zaini Che Din berkata suspek berusia 40an ditahan polis keesokan harinya (Isnin) di kediamannya di Seksyen 12, di sini, berdasarkan gambar salinan kad pengenalannya dalam telefon bimbit berkenaan.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.03 pagi hari tersebut.
"Sebaik saja menyedari adegan beliau sedang dirakam, mangsa merampas telefon berkenaan dan menjerit beberapa kali menyebabkan suspek terus melarikan diri," katanya.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Zaini berkata, suspek bila disoal, menjelaskan beliau kehilangan telefonnya di tempat kejadian sewaktu melawat rakannya yang tinggal di kondominium yang sama.
Beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kehilangan itu. Suspek direman empat hari bermula semalam dan barang bukti telah dirampas dan dihantar ke jabatan forensik untuk analisis, kata Zaini.
Topic Berkaitan
#rakaman video
#Telefon bimbit
#Zaini Che Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan