awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa atas lebih 600 tuduhan meliwat dan merogol anak kandung

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
09/08/2017
08:29 MYT
Lelaki didakwa atas lebih 600 tuduhan meliwat dan merogol anak kandung
Lelaki terbabit mengaku tidak bersalah kepada pertuduhan-pertuduhan yang dibacakan kepadanya. - Gambar hiasan
Seorang bapa hari ini didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di sini, atas lebih 600 tuduhan meliwat serta satu tuduhan merogol anak kandungnya.
Tertuduh yang berusia 37 tahun itu turut berdepan dengan 30 pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016.
Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zurida Sazali memerintahkan kesemua pertuduhan dibacakan kepada lelaki tersebut sebelum sebarang proses mitigasi dilakukan.
Lelaki yang berpakaian kemeja kelabu dan berseluar jeans itu tampak tenang dan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dibacakan kepadanya.
Pertuduhan mula dibacakan pada pukul 2.40 petang dan setakat 3.40 petang, hanya 48 pertuduhan selesai dibacakan.
Antaranya adalah kesalahan merogol anaknya di rumah mereka di Petaling Jaya pada 1 Januari lalu yang di dakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Turut sempat dibacakan adalah 16 pertuduhan meliwat bermula 1 Mac, yang dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang merujuk kepada persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Lelaki itu, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk terbabit sejak dua tahun lalu dan kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersama ekoran perceraian dengan isterinya.
Terdahulu, tertuduh tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 9 pagi dan dibawa ke lokap sementara menanti pertuduhan dilakukan.
Pendakwaan bagaimanapun terpaksa ditunda ke sebelah petang berikutan pegawai penyiasat terpaksa mendaftarkan kesemua kes yang memakan masa.
Proses pertuduhan dijangka berlarutan sehingga lewat petang atau malam.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Mahkamah Sesyen
#meliwat
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan