awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: WHO beri amaran risiko kesihatan jangka panjang susulan serangan loji nuklear Bushehr
Amaran ribut petir, angin kencang di 10 negeri dan KL hingga 8 malam ini
Polis tahan seorang lelaki dipercayai terlibat kes tetak di Bera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa bunuh rakan kerana pertelingkahan berkaitan telefon bimbit

Reuters
Reuters
18/03/2026
04:27 MYT
Lelaki didakwa bunuh rakan kerana pertelingkahan berkaitan telefon bimbit
Saiful Hadi dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini. - Gambar/ Bernama
Seorang lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini atas pertuduhan membunuh kenalannya susulan pertelingkahan berkaitan telefon bimbit, minggu lepas.
Saiful Hadi Othman, 44, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Muhamad Hanafi Yusof, 25, di sebuah rumah di Sungai Udang di sini antara 7.58 malam hingga 8.15 malam pada 11 Mac lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun serta maksimum 40 tahun, dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati boleh dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Sulaiman namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syaza Nur Sharif manakala Saiful Hadi tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 29 April depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#kes bunuh rakan
#Telefon bimbit
#Sungai Udang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan