awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa sebabkan kematian abang kandung

Bernama
Bernama
03/03/2026
08:29 MYT
Lelaki didakwa sebabkan kematian abang kandung
Tertuduh M. Kubendran, 31, didakwa menyebabkan kematian M. Kagendran, 36, dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh yang mungkin membawa maut di Jalan 40c, Selayang Baru, Batu Caves, Selangor pada 3.40 pagi, 2 Dis 2025.
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian abang kandungnya, Disember tahun lepas.

Tertuduh M. Kubendran, 31, didakwa menyebabkan kematian M. Kagendran, 36, dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh yang mungkin membawa maut di Jalan 40c, Selayang Baru, Batu Caves, Selangor pada 3.40 pagi, 2 Dis 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin. Bagaimanapun, peguam K. Kisho yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga dan isterinya.

Hakim Norazlin Othman membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin, selain menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 4 Mei ini untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#abang kandung
#M. Kubendran
#sebabkan kematian
#Mahkamah Sesyen Selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan