awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa tipu dapatkan sumbangan pengajian RM270,000 daripada Jakel untuk maahad tahfiz

Bernama
Bernama
19/07/2022
08:46 MYT
Lelaki didakwa tipu dapatkan sumbangan pengajian RM270,000 daripada Jakel untuk maahad tahfiz
Mohamed Noor Mohamed Amin, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu dalam urusan mendapatkan sumbangan pengajian daripada Jakel Trading Sdn Bhd, membabitkan nilai berjumlah RM270,000.
Mohamed Noor Mohamed Amin, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa telah memperdayakan Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, 50, untuk mempercayai bahawa akaun Bank Islam bernombor 02048010019423 adalah milik Maahad Tahfiz dan Pengajian Islam Darul Al-Hijrah, Baling, Kedah, sedangkan akaun bank itu adalah milik tertuduh sendiri.
Dia didakwa dengan curangnya mendorong pihak syarikat itu untuk memindahkan wang dan cek berjumlah RM270,000 dalam akaun bank miliknya, yang mangsa tidak akan menyerahkan jika tidak diperdayakan sedemikian.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jakel Mall, Lot 159, Jakel Square, off Jalan Munshi Abdullah, di sini antara 2019 dan 2021 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi menawarkan jaminan RM100,000 bagi kesemua pertuduhan itu, namun peguam Nuruh Huda Razali yang mewakili tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangkan kepada RM10,000 atas alasan anak guamnya perlu menanggung dua orang anak dan seorang isteri yang menghidap penyakit kanser payudara.
Mahkamah membenarkan Mohamed Noor diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#jakel
#tipu sumbangan
#Maahad Tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan