awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa tipu sewa tapak bazar Ramadan di Stadium Bukit Jalil

Bernama
Bernama
11/05/2022
09:41 MYT
Lelaki didakwa tipu sewa tapak bazar Ramadan di Stadium Bukit Jalil
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,700 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan sebutan kes ditetapkan pada 13 Jun serta 4 dan 26 Julai ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didakwa di lima Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan menipu dalam urusan sewa tapak bazar Ramadan di Stadium Bukit Jalil dan tapak bazar yang tidak wujud membabitkan wang berjumlah RM10,800.
Mohamad Nurul Akhbar Maula Yusoff, 20, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang lelaki dan empat wanita berusia antara 24 hingga 35 tahun dengan memperdaya mereka dalam urusan menawarkan sewa tapak bazar berkenaan sehingga mendorong mereka menyerahkan wang tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar Cheras, Puchong dan Bukit Jalil di sini, antara 7 Feb hingga 30 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lyn, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin, Nur Hafiezah Mohamed Fauzi, G. Phulrani Kaur dan Nadia Eleena Jamaluddin Akbal masing-masing mencadangkan jaminan RM7,000 dan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Mu'az Al-Awwal Mohamad Zafarullah yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana anak guamnya yatim piatu dan dijaga oleh keluarga angkat selain tiada sumber kewangan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,700 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan sebutan kes ditetapkan pada 13 Jun serta 4 dan 26 Julai ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#Stadium Bukit Jalil
#tipu bazar ramadan
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan