awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dihukum gantung kerana bunuh pekerja Bangladesh

Bernama
Bernama
08/08/2025
13:00 MYT
Lelaki dihukum gantung kerana bunuh pekerja Bangladesh
Hakim Su Tiang Joo memutuskan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah membunuh Md Ovaidul, 32, antara pukul 8.20 malam hingga 10.25 malam pada 15 Dis 2018, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan/ Adobe Stock
IPOH: Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pekerja warga Bangladesh di kawasan Sungai Kinta, Sungai Galah, Kampung Gajah, dalam daerah Perak Tengah, tujuh tahun lepas.
Hakim Su Tiang Joo memutuskan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah membunuh Md Ovaidul, 32, antara pukul 8.20 malam hingga 10.25 malam pada 15 Dis 2018, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam penghakiman, Su berkata pembunuhan itu dilakukan secara terancang dan amat kejam, apabila mangsa dipukul di rumah sebelum dibawa ke tebing sungai dan dikelar lehernya, kemudian mayatnya dibuang ke sungai bagi menghapuskan bukti.
"Mangsa diperlakukan dengan cara yang amat kejam yang kemungkinan besar menyebabkan mangsa menanggung kesakitan dan penderitaan dalam tempoh yang panjang," katanya.
Mahkamah turut mengambil kira tindakan tertuduh mengganggu saksi pendakwaan, hubungan majikan-pekerja antara tertuduh dan mangsa, serta penderitaan yang dialami mangsa sebelum kematiannya.
Terdahulu, abang mangsa, Md Hossain Khan, 37, tampil memberikan penyataan impak yang dibacakan dengan bantuan jurubahasa mahkamah bagi pihak keluarganya di Bangladesh.
Md Hossain Khan berkata adiknya adalah anak ketiga daripada enam beradik dengan kedua-dua ibu bapa masih hidup, selain keluarga itu bergantung kepada mangsa yang bekerja di Malaysia untuk menyara kehidupan mereka di Bangladesh.
"Sebelum kejadian, adik saya memberitahu bahawa dia bercadang untuk pulang ke Bangladesh dalam masa sebulan bagi melangsungkan perkahwinannya.
"Keluarga kami telah mula membuat persiapan di kampung. Namun, impian tersebut musnah apabila dia telah dibunuh secara kejam dan lebih menyedihkan, dibunuh oleh anak kepada majikannya sendiri," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya JS Geetha, manakala tertuduh diwakili peguam V. Santhiran. Prosiding perbicaraan bermula 6 Jan 2020 dengan 24 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan.
Pada 18 Dis 2018, mayat mangsa ditemui di Sungai Kinta dengan sebelah kaki diikat pada sebuah motosikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi
#Bangladesh
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#saksi pendakwaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan