awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Dungun

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/02/2022
00:45 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Dungun
Operasi pencarian melibatkan kekuatan seramai 35 anggota daripada pelbagai agensi. - Astro AWANI
DUNGUN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Dungun, berhampiran Kampung Rajawali, di sini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat itu, mangsa Ahmad Solihin Ishak, 22, sempat memberitahu keluarganya dia mahu pergi ke sungai.
Menurut Baharudin, operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan selepas pihak polis menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 8 malam.
"Mengikut saksi, pada jam 4 petang, saksi telah melihat lelaki ini sedang mandi di kawasan beting pasir, dan belum pulang pada jam 7 malam.
"Jadi selepas menerima panggilan, kita telah melancarkan gerakan mencari mangsa," katanya.
Baharudin berkata setakat ini pencarian dilakukan pada jarak kira-kira 200 meter radius di pesisir sungai dari lokasi terakhir mangsa dikatakan hilang.
Operasi tersebut melibatkan kekuatan seramai 35 anggota daripada pelbagai agensi.
Topic Berkaitan
#lemas
#Ahmad Solihin Ishak
#Sungai Dungun
#usaha pencarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan