awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas, rakan selamat selepas dihanyut arus

Bernama
Bernama
12/02/2023
15:16 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas, rakan selamat selepas dihanyut arus
Kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20 tahun mandi ketika kejadian sebelum dibawa arus deras susulan hujan lebat. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manakala rakannya terselamat di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang yang tiba di lokasi kejadian pada 7.30 malam.
Beliau berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20 tahun mandi ketika kejadian sebelum dibawa arus deras susulan hujan lebat.
"Seorang daripada mangsa ditemukan terkandas di seberang sungai berkeluasan 20 meter.
"Operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas juga turut dilancarkan," menurutnya dalam kenyataan di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Sungai Pisang
#Gombak
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan