awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipenjara 17 tahun sebabkan kematian rakan sekerja OKU

Bernama
Bernama
29/09/2022
10:35 MYT
Lelaki dipenjara 17 tahun sebabkan kematian rakan sekerja OKU
Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Raventiran, 40, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kedai barangan terpakai yang sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian ke atas rakan sekerjanya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Raventiran, 40, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 31 Okt 2019.
Tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, namun mahkamah meminda pertuduhan kepada Seksyen 304 (a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Mengikut pertuduhan pindaan itu, Raventiran didakwa dengan niat menyebabkan kematian terhadap R.Vijaya Kumar, 47, di sebuah premis di Jalan Sungai Besi, Cheras di sini antara 1.30 pagi hingga 12.34 tengah hari pada 31 Okt 2019.
Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abd Hadi manakala peguam Stanley Clement Augustine mewakili tertuduh.
Seramai 13 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 3 Mei 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja kedai
#tuduhan membunuh
#rakan sekerja OKU
#Orang Kurang Upaya
#A Raventira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan