awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipenjara lima tahun miliki parang di tempat awam

Bernama
Bernama
24/10/2024
11:17 MYT
Lelaki dipenjara lima tahun miliki parang di tempat awam
Tertuduh mengaku memiliki sebilah parang berukuran lebih kurang 52 sentimeter panjang di sebuah rumah di Jalan Wakaf Stan, Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian, di sini pada 12.30 tengah malam, 3 Sept. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara 12 bulan kerana merosakkan motosikal milik ayahnya pada awal Sept, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki parang di tempat awam.
Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman itu selepas Tuan Abd Aziz Tuan Abidin, 37, mengaku memiliki sebilah parang berukuran lebih kurang 52 sentimeter panjang di sebuah rumah di Jalan Wakaf Stan, Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian, di sini pada 12.30 tengah malam, 3 Sept.
Pendakwaan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Mengikut fakta kes, pada 3 Sept Tuan Abd Aziz didakwa mengamuk sambil memegang sebilah parang dan melibas senjata itu ke arah kakaknya dan adik ipar kakaknya di sebuah rumah di Jalan Wakaf Stan, Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian, kira-kira 12.30 tengah malam.
Dalam kejadian itu, Tuan Abd Aziz turut merosakan motosikal milik ayahnya dan telah disabitkan dengan kesalahan itu di Mahkamah Majistret serta dikenakan hukuman penjara 12 bulan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes amuk
#miliki parang
#libas parang
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan