awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipukul gara-gara tegur bunyi ekzos kereta bising

Sinar Harian
Sinar Harian
27/11/2024
05:10 MYT
Lelaki dipukul gara-gara tegur bunyi ekzos kereta bising
Suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden memukul seorang lelaki dengan sebatang kayu.
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul individu yang menegurnya akibat bunyi bising ekzos kereta pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Masai setelah polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 59 tahun.
"Polis mengesan insiden provokasi dan mendatangkan kecederaan yang dimuat naik oleh pengendali akaun X @Cool_Wannabe82 selain turut menerima laporan daripada mangsa.
"Setelah ditegur bunyi ekzos kereta yang bising, suspek yang tidak berpuas hati telah bertindak agresif memukul mangsa dengan sebatang kayu hingga menyebabkan kecederaan lebam di lengan kirinya.
"Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Daerah Seri Alam telah membuat tangkapan terhadap suspek selain merampas sebatang kayu," katanya.
Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tiada sebarang rekod jenayah lampau.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 32 Kanun Keseksaan yang mana boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#ekzos bising
#pukul orang
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan