awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki direman bantu siasatan kes pecah cermin kereta ADUN Indera Kayangan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/03/2024
05:07 MYT
Lelaki direman bantu siasatan kes pecah cermin kereta ADUN Indera Kayangan
Suspek dibawa keluar dari Mahkamah Kangar dengan diiringi polis.
KANGAR: Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin hadapan kereta Nissan Grand Livina milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling dengan bata di Kangar pada Isnin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas suspek berusia 36 tahun dibawa ke Mahkamah Kangar sekitar jam 9 pagi hari ini dari lokap Balai Polis Kangar.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek kini direman di lokap Balai Polis Kangar untuk membantu siasatan.
“Motif sebenar suspek masih dalam siasatan namun siasatan awal suspek suka mengganggu pengadu dengan menelefon serta menggunakan platform aplikasi WhatsApp sebelum ini,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
Semalam, cermin MPV Nissan Grand Livina milik Ay Ling pecah selepas dibaling bata oleh seorang individu tidak dikenali di kediamannya di sini.
Beliau kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kangar pada jam 9.22 pagi semalam berhubung kejadian itu dan susulan itu, tidak sampai 24 jam, suspek yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor ditahan sekitar jam 4 petang di sebuah bengkel motosikal di Kangar.
Topic Berkaitan
#kes pecah cermin kereta
#kereta ADUN Indera Kayangan
#baling bata
#Gan Ay Ling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan