awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki direman bantu siasatan kes pukul, bunuh wanita warga asing

Afiezul Samit
Afiezul Samit
16/02/2022
00:14 MYT
Lelaki direman bantu siasatan kes pukul, bunuh wanita warga asing
Mayat wanita yang ditemui terapung di Dermaga RC Sungai Samong. - Foto Facebook/Hengky Umar
DARO: Polis menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh dua wanita warga asing pada 12 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Neil Baginda ketika mengesahkan tangkapan berkata, suspek berketurunan Bajau berusia 31 tahun.
"Dia ditangkap sekitar jam 3.30 petang pada 12 Februari di tepi Jalan Sentral, Daro.
"Suspek kini ditahan reman hingga 20 Februari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Berdasarkan maklumat awal, kejadian dipercayai berlaku pada 12 Februari lalu di Dermaga RC Sungai Samong.
"Mangsa merupakan tiga wanita warga Indonesia berumur dalam lingkungan 41 hingga 47 tahun.
"Mereka telah dipukul, dibunuh dan diikat di lokasi berasingan sebelum dicampak ke dalam sungai di tempat kejadian.
"Dua daripada mangsa kemudian ditemui mati di Sungai Samong pada 12 dan 14 Februari, manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri dan kini dalam keadaan stabil," jelasnya lagi.
Polis dikatakan telah menggunakan khidmat pasukan skuba bagi membantu mencari senjata tajam yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa di kawasan sungai berhampiran Kampung Tebaang.
Kes ini masih dalam siasatan untuk mengenal pasti motif pembunuhan.
Beliau turut memberi amaran kepada orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi, yang boleh mengganggu siasatan polis.
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#warga Indonesia
#Neil Baginda
#Dermaga RC Sungai Samong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan