awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki disyaki jual dadah maut terjun jambatan ketika elak pemeriksaan polis

Bernama
Bernama
09/08/2024
11:00 MYT
Lelaki disyaki jual dadah maut terjun jambatan ketika elak pemeriksaan polis
Pada kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, pihak polis mengesan lelaki itu dalam keadaan mencurigakan di atas jambatan berkenaan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan dadah maut selepas terjun dari sebuah jambatan di Kampung Bujal Payoh Kijal, Kemaman, ketika mengelak dari pemeriksaan polis, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata pada kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, pihaknya mengesan lelaki itu dalam keadaan mencurigakan di atas jambatan berkenaan.
"Hasil maklumat berhubung kegiatan penjualan dadah, polis telah menghampiri lelaki berusia 23 tahun itu dengan menaiki kereta sebelum dia bertindak terjun dari jambatan yang berketinggian lebih 12 meter itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hanyan berkata di bawah jambatan tersebut ialah kawasan berbatu dan kawasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang belum siap.
Beliau berkata sejurus selepas itu, polis bergegas mendapatkannya dan pemeriksaan mendapati berlaku kecederaan di bahagian kepala lelaki tersebut, sebelum pihaknya menghubungi pasukan perubatan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan hasil bedah siasat Unit Forensik Hospital Kemaman, mengesahkan kematian lelaki itu akibat kecederaan di kepala kerana terjatuh dari tempat tinggi.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki jual dadah
#maut terjun jambatan
#Kemaman
#elak pemeriksaan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan