awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan bersama 148 bungkusan air ketum

Bernama
Bernama
03/10/2018
22:30 MYT
Lelaki ditahan bersama 148 bungkusan air ketum
Polis berkata lelaki itu kini direman untuk siasatan dan kesberkenaan disiasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 148 bungkus cecair mitragynine (air ketum) dalam serbuan disebuah kedai di tepi laut di Sungai Batu, Teluk Kumbar, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A Anbalagan berkata bertindakhasil maklumat, polis membuat pemeriksaan terhadap lelaki berusia 25 tahun itu dan menemukan satu beg plastik hitam yang mengandungi 28 bungkusan air ketum.
"Dalam pemeriksaan pada pukul 1.05 tengah hari itu, polis turut membuat pemeriksaan lanjut di dalam kedai itu dan menemui 120 bungkus air ketum yang di simpan dalam satu tong plastik," katanya di sini, malam tadi.
Katanya, berdasarkan siasatan, lelaki yang tidak bekerja itu menjual air ketum berkenaan di sekitar Teluk Kumbar dengan harga RM5 sebungkus sejak beberapa bulan lepas.
Beliau berkata lelaki itu kini direman untuk siasatan dan kesberkenaan disiasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air ketum
#cecair mitragynine
#polis
#serbuan
#Sungai Batu
#teluk kumbar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan