awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan disyaki bakar pelantar ikan

Bernama
Bernama
01/12/2024
13:45 MYT
Lelaki ditahan disyaki bakar pelantar ikan
Polis berkata suspek berusia 64 tahun ditahan di tepi jalan di Pantai Remis selepas polis menerima laporan daripada pemilik premis kira-kira 1.30 pagi. - Foto hiasan
IPOH: Polis menahan seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental bagi membantu siasatan kes kebakaran tiga pelantar ikan di Pantai Remis, Manjung awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata suspek berusia 64 tahun ditahan di tepi jalan di Pantai Remis selepas polis menerima laporan daripada pemilik premis kira-kira 1.30 pagi.
Beliau berkata siasatan pihaknya menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati punca kebakaran disebabkan perbuatan khianat oleh individu yang dikenali pemilik premis.
"Kebakaran berjaya dikawal pihak bomba dan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM470,000.
"Suspek bertindak membakar pelantar ikan dengan menggunakan bahan bakar dipercayai petrol dan melarikan diri selepas kebakaran berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasbullah berkata kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ditahan
#bakar pelantar ikan
#Pantai Remis
#Polis Daerah Manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan