awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi

Bernama
Bernama
15/12/2024
12:00 MYT
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Tidak sampai empat jam selepas menerima laporan berkaitan kes samun bersenjata di sebuah farmasi di Taiping, malam tadi, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan disyaki terbabit kejadian itu, awal pagi ini. - Foto hiasan
IPOH: Tidak sampai empat jam selepas menerima laporan berkaitan kes samun bersenjata di sebuah farmasi di Taiping, malam tadi, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan disyaki terbabit kejadian itu, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
Beliau berkata sebelum itu pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian samun terhadap seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu farmasi pada 10.27 malam tadi.
"Semasa kejadian, wanita berusia 28 tahun itu diacu pisau dan dipaksa mengeluarkan wang tunai di dalam mesin kaunter. Akibat ketakutan, mangsa menyerahkan wang tunai kira-kira RM300 kepada suspek.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis berjaya menahan suspek dalam tempoh kurang empat jam selepas laporan diterima," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Nasir berkata lelaki itu yang mempunyai dua rekod jenayah lampau kini direman hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lelaki ditahan
#samun farmasi
#pisau
#Polis Daerah Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan