awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan rogol anjing

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
24/10/2017
10:59 MYT
Lelaki ditahan rogol anjing
Kelihatan kelibat seorang lelaki merogol seekor anjing di tepi jalan berhampiran dengan restoran Ghulam Rasul, Teluk Intan, Perak.
Polis menahan seorang lelaki berusia lewat 40-an yang dipercayai merupakan individu yang melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor anjing di dalam video yang sedang tular.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, lelaki yang mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau itu ditahan pada Sabtu lalu.
“Pada 21 Oktober lalu, seorang Pegawai Kanan Polis berada di kuarters Polis IPD Hilir Perak telah dapat maklumat awam menyatakan terdapat satu kejadian seorang lelaki merogol seekor anjing betina di tepi jalan berhampiran dengan restoran Ghulam Rasul, Teluk Intan, Perak.
"Hasil siasatan yang dijalankan telah membawa kepada tangkapan suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia lewat 40an," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Tambah beliau, siasatan juga sedang dijalankan bagi mengetahui sama ada suspek mempunyai gangguan mental.
Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan suspek kini ditahan reman sehingga 28 Oktober.
Sedutan video berdurasi satu minit 30 saat itu menunjukkan seorang lelaki mendukung seekor anjing dan melakukan perbuatan terkutuk itu di hadapan pagar sebuah rumah.
Kelakuannya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah terbabit.
Topic Berkaitan
#ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar
#anjing
#CCTV
#Ketua Polis Daerah Hilir Perak
#restoran Ghulam Rasul
#seks luar tabii
#Teluk Intan
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan