awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditangkap selepas cuba lari sekatan JPJ

Bernama
Bernama
11/02/2017
23:48 MYT
Lelaki ditangkap selepas cuba lari sekatan JPJ
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata ketika pihak JPJ cuba menahan kereta itu, pemandunya terus memecut laju melarikan diri, sebelum dikejar.- Gambar hiasan
Tindakan seorang lelaki cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini pada malam Jumaat, sia-sia apabila ditahan selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, lelaki terbabit bersama seorang penumpang dikatakan nekad melanggar sekatan jalan raya di Meru Raya 3 berhadapan Sekolah Memandu Sri Perak selepas disyaki menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) palsu.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata ketika pihak JPJ cuba menahan kereta itu, pemandunya terus memecut laju melarikan diri, sebelum dikejar beberapa anggota JPJ sehingga ke lokasi kereta berkenaan terbabas.
"Selepas terbabas, penumpang kereta melarikan diri ke arah hutan manakala pemandu tidak dapat melarikan diri kerana cedera di kaki kiri.
"Sehubungan itu, JPJ menahan lelaki berkenaan dan hasil pemeriksaan ke atas nombor casis kereta mendapati ia bersangkut dengan laporan kecurian pada 2015 di Gong Badak, Terengganu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata pihak JPJ menyerahkan lelaki terbabit kepada polis dan hasil semakan mendapati lelaki berumur 45 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah lampau.
Selain merampas kereta jenis Proton Wira yang digunakan lelaki itu, Sum berkata polis turut merampas satu set kunci kereta. -- Bernama
Topic Berkaitan
#ACP Sum Chang Keong
#Ketua Polis Daerah Ipoh
#lelaki cuba lari
#Sekatan JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan