awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui meninggal dunia di KESAS

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2018
14:41 MYT
Lelaki ditemui meninggal dunia di KESAS
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Mohd Rizal Buang berkata pihaknya mengumpil pintu kenderaan dan pemeriksaan mendapati lelaki berusia 58 tahun itu sudah meninggal dunia.
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di tempat duduk sebuah kereta berkunci di kilometer 35.2, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), dekat sini, petang selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor dipanggil untuk membuka pintu kereta jenis Proton Persona berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Mohd Rizal Buang berkata pihaknya mengumpil pintu kenderaan dan pemeriksaan mendapati lelaki berusia 58 tahun itu sudah meninggal dunia.
Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan untuk membuka pintu kereta terkunci pada jam 6.12 petang sebelum anggota dan pegawai dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik sahaja tiba, didapati seorang lelaki berusia 58 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta.
"Pegawai perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi," katanya.
Topic Berkaitan
#kecemasan
#KESAS
#Lebuhraya Shah Alam
#meninggal dunia
#Mohd Rizal Buang
#Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan