awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
PGA Lahad Datu rampas pelbagai barang RM 4.1 juta di ESSZONE
Dua nelayan Indonesia diselamatkan selepas hanyut ke perairan Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lombong di Hulu Selangor

Bernama
Bernama
04/04/2023
14:23 MYT
Lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lombong di Hulu Selangor
Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata penemuan mangsa yang berusia 26 tahun itu dimaklumkan oleh bapanya pada 2.47 petang. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lombong ketika memancing di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata penemuan mangsa yang berusia 26 tahun itu dimaklumkan oleh bapanya pada 2.47 petang.
"Setiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati mangsa yang juga lelaki tempatan telah meninggal dunia. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat pula berkata mangsa, yang dilaporkan hilang sejak malam semalam oleh ahli keluarganya, ditemukan di bahagian tepi lombong itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#lemas
#lombong
#Memancing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan