awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aidilfitri: ICQS Rantau panjang dijangka sesak, 50,000 pengembara rentas sempadan
[KOLUMNIS] Ada apa dengan kain samping?
Cuti tambahan Aidilfitri: KKM terus beroperasi 24 jam sepanjang musim perayaan - Dr Dzulkefly

Lelaki hilang dalam kejadian perahu karam di Kapit ditemukan lemas

Bernama
Bernama
15/03/2026
05:54 MYT
Lelaki hilang dalam kejadian perahu karam di Kapit ditemukan lemas
Pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit digerakkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan penemuan mayat. - Foto JBPM
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas perahu dinaiki bersama empat lagi rakannya terbalik dan karam di Sungai Rajang, Kapit pada petang Jumaat lepas ditemukan lemas awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit digerakkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan daripada pihak polis berhubung penemuan mayat itu pada 7.06 pagi.
Beliau berkata orang awam telah memaklumkan penemuan mangsa yang dikenali sebagai Brando Jawi Mamba, 25, dari Rumah Kawin, Nanga Peraran, Sungai Katibas, Song berhampiran jeti terminal bot ke Belaga (hadapan Dataran Kapit) kepada pihak polis.
“Jasad mangsa diangkat ke dalam bot dan dibawa ke Wharf Kubu, seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada 8.20 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam pada 13 Mac lepas, mangsa bersama empat lagi rakannya menaiki perahu kayu dalam perjalanan dari Rumah Bunsi, Kampung Atas Kubu, Jalan Sri Balleh, Kapit menuju ke tempat berlabuh kapal tongkang di jeti berhampiran Jalan Pasar Malam Kapit.
Perahu itu bagaimanapun karam selepas dipukul ombak kuat yang menyaksikan empat orang berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa tidak dijumpai selepas kejadian itu walaupun usaha mencari telah dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa
#hilang
#perahu
#karam
#Kapit
#ditemukan
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.