awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2,000 pemilik 4WD dijangka berhimpun, perkukuh industri automatif
Sivasangari tamat kemarau 13 bulan, juara Terbuka Australia
SOP ketat halang warga asing terima rawatan percuma hospital kerajaan - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti tambahan Aidilfitri: KKM terus beroperasi 24 jam sepanjang musim perayaan - Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
15/03/2026
09:41 MYT
Cuti tambahan Aidilfitri: KKM terus beroperasi 24 jam sepanjang musim perayaan - Dr Dzulkefly
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, situasi adalah sama seperti cuti umum yang lain, iaitu hospital dan kemudahan kesihatan KKM menyediakan perkhidmatan sepanjang masa selama 24 jam. -Gambar fail/Bernama
Operasi di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berjalan seperti biasa sepanjang cuti Aidilfitri bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, situasi adalah sama seperti cuti umum yang lain, iaitu hospital dan kemudahan kesihatan KKM menyediakan perkhidmatan sepanjang masa selama 24 jam.
"Kakitangan yang dijadualkan bertugas sewaktu cuti Aidilfitri atau on-call akan terus menjalankan tanggungjawab mereka di hospital KKM seluruh negara.
"Tiada perubahan dalam hal itu, manakala pesakit yang mempunyai temu janji di klinik pakar atau pusat rawatan harian pada hari cuti umum tersebut akan dihubungi dan diberikan tarikh temu janji baharu.
"Selain itu, pemantauan terhadap sebarang situasi yang berpotensi memberi kesan kepada kesihatan awam akan diteruskan oleh Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) di peringkat negeri dan kebangsaan sepanjang tempoh perayaan," jelas Dzulkefly.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Kembara Beraya Bersama Cik Era, di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri bergantung kepada sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya.
Cuti tambahan itu ditetapkan pada Isnin depan jika tarikh Aidilfitri jatuh pada Jumaat, manakala jika hari raya jatuh pada Sabtu ini, cuti tersebut diberikan pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#KKM
#cuti umum Aidilfitri
#Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
#operasi diteruskan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan