awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2,000 pemilik 4WD dijangka berhimpun, perkukuh industri automatif
Sivasangari tamat kemarau 13 bulan, juara Terbuka Australia
Kepimpinan Anwar lonjak nama Malaysia, pacu ekonomi negara – Hajiji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 2,000 pemilik 4WD dijangka berhimpun, perkukuh industri automatif

Astro AWANI
Astro AWANI
15/03/2026
10:57 MYT
Lebih 2,000 pemilik 4WD dijangka berhimpun, perkukuh industri automatif
Antara rakan strategik bagi program Truck Fighter Meet & Show Event ketika pelancaran di Sungai Buloh, Selangor - Gambar Zaki GM Garage
Komuniti pemilik kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari seluruh negara dijangka berhimpun dalam acara berskala besar menerusi penganjuran Event Truck Fighter & Meet Show 2.0 di Maeps, Serdang pada 20 Jun depan.
Program anjuran Zaki GM Garage Sdn. Bhd. itu dijangka menghimpunkan lebih 2,000 pemilik kenderaan 4WD dengan kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung yang terdiri daripada peminat 4x4, usahawan bengkel, penggiat industri automotif serta komuniti sukarelawan pacuan empat roda dari seluruh Malaysia.
Menurut penganjur, acara tersebut bertujuan memperkukuh solidariti dalam kalangan komuniti pemilik 4WD yang sering memainkan peranan penting sebagai pasukan sukarelawan barisan hadapan ketika berlakunya bencana alam, khususnya dalam operasi menyelamat dan bantuan banjir di seluruh negara.
"Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta membina jaringan kerjasama antara usahawan bengkel 4x4 di Selangor dan negeri-negeri lain, sekali gus memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi industri automotif, khususnya sektor kenderaan pacuan empat roda.
"Acara ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan penganjuran edisi pertama yang berlangsung pada Mei tahun lalu di perkarangan Stadium Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, program berkenaan turut disertai beberapa organisasi komuniti 4WD dari Thailand dan Singapura, sekali gus menjadikannya sebagai platform pertemuan komuniti serantau selain mempromosikan industri automotif tempatan.
Sepanjang program berlangsung, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran kenderaan 4x4, pertandingan autoshow yang menampilkan 21 kategori, aktiviti off-road, gerai jualan, pameran industri serta cabutan bertuah.
Bagi menambah tarikan, pihak penganjur menawarkan hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah kenderaan Isuzu D-Max, selain pelbagai hadiah sampingan kepada para peserta.
"Penganjuran kali ini diharap mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti pemilik dan peminat 4WD di Malaysia.
"Ia sekali gus memperkukuh peranan komuniti tersebut sebagai rakan strategik dalam membantu masyarakat ketika berdepan situasi kecemasan dan bencana alam," katanya.
Topic Berkaitan
#Truck Fighter & Meet Show 2
#pacuan empat roda
#automotif
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan