awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Iraq dan bukan Bangladesh ditahan pukul mangsa dengan batang besi

Bernama
Bernama
29/11/2020
22:29 MYT
Lelaki Iraq dan bukan Bangladesh ditahan pukul mangsa dengan batang besi
Tular di laman sosial satu video rakaman menunjukkan suspek memukul seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala, lengan dan kaki dengan sebatang besi. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU:Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Iraq berusia 41 semalam bagi membantu siasatan insiden memukul seorang lelaki dengan sebatang besi di Jalan Tebrau, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata suspek yang sebelum ini disangka rakyat Bangladesh, ditahan pada jam 7.20 malam di kaki lima sebuah premis di Taman Sri Tebrau, di sini.
"Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu tidak memiliki sebarang dokumen peribadi. Menerusi akuan secara lisan, dia mengaku dirinya adalah warga Iraq," katanya menerusi kenyataan, di sini, malam tadi.
Mohd Padzli berkata polis turut merampas sebatang besi panjang dipercayai senjata yang digunakan untuk memukul mangsa dalam kejadian jam 11.35 malam itu.
Terdahulu, tular dalam laman sosial satu video rakaman menunjukkan suspek memukul seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala, lengan dan kaki dengan sebatang besi.
Mangsa yang berusia 39 tahun telah menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pukul
#mangsa
#suspek
#warga Iraq
#warga Bangladesh
#polis
#warga asing
#Johor Bahru
#Mohd Padzli Mohd Zain
#Taman Sri Tebrau
#tiada dokumen
#batang besi
#Tular
#video
#senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan