awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Korea Selatan ditahan disyaki guna pas penggajian palsu

Bernama
Bernama
09/04/2026
05:18 MYT
Lelaki Korea Selatan ditahan disyaki guna pas penggajian palsu
Lelaki berusia 49 tahun itu dipercayai orang dikehendaki di negara asalnya berikutan terlibat kes penipuan membabitkan kerugian berjumlah 3.5 billion won. - Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Jabatan Imigresen (JIM) menahan seorang lelaki warga Korea Selatan di rumah sewanya di Horizon Hills di sini semalam kerana disyaki menggunakan pas penggajian palsu.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata lelaki berusia 49 tahun itu dipercayai orang dikehendaki di negara asalnya berikutan terlibat kes penipuan membabitkan kerugian berjumlah 3.5 billion won bersamaan kira-kira RM9.4 juta.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, suspek bersama isterinya, warga China berusia 45 tahun dan dua anak lelaki itu berada dalam kediaman, manakala seorang wanita didapati sedang melakukan kerja pembersihan di halaman rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rusdi berkata suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan hasil semakan mendapati lelaki terbabit serta pekerja pembersihan harian warga Filipina berusia 55 tahun itu tinggal melebihi tempoh masa.

Suspek lelaki warga Korea Selatan itu didapati tinggal di Malaysia selama empat bulan, manakala wanita warga Filipina telah berada di negara ini selama setahun.

"Suspek dan pekerja terbabit direman 14 hari bermula semalam kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau memaklumkan kedua-dua anak mereka warga Korea Selatan berusia 12 dan 20 tahun, menggunakan Pas Lawatan Sosial dan pas pelajar.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Imigresen
#Tahan
#lelaki
#Korea Selatan
#Pas Penggajian
#palsu
#Mohd Rusdi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan