awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki lemas, kanak-kanak perempuan hilang ketika mandi di Pantai Kemayan Bachok

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2017
14:08 MYT
Lelaki lemas, kanak-kanak perempuan hilang ketika mandi di Pantai Kemayan Bachok
Kesemua mereka merupakan dari satu keluarga yang datang ke pantai ini untuk tujuan beriadah.- Foto Astro AWANI
Seorang lelaki ditemui mati lemas manakala anak saudaranya yang berusia tujuh tahun hilang ketika mandi di Pantai Kemayan di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu Mohd Shamsure Mat, 37, yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu ditemui lemas oleh orang ramai pada 5.25 petang, manakala Wan Nurul Huda Wan Mohd Long masih belum ditemui.
Bagaimanapun, mangsa sempat menyelamatkan anak-anaknya sebelum lemas iaitu Nur Shahira, 11, Nurshafiqha, 9, dan Mohamad Adam Daniel, 7, yang turut mandi di pantai berkenaan.
"Mangsa (Mohd Shamsure) bagaimanapun lemas akibat dibawa arus deras ombak ketika sedang berusaha menyelamatkan Wan Nurul Huda," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, petang tadi.
Katanya lagi operasi mencari mangsa yang berusia tujuh tahun itu dihentikan lewat petang tadi dan akan disambung pagi esok.
Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk pemeriksaan.
Manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Bharu untuk bedah siasat.
Kesemua mereka merupakan dari satu keluarga yang datang ke pantai ini untuk tujuan beriadah.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Daerah Bachok
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan