awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang - Iran
43 individu dipercayai serang pusat hiburan diberkas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dengan kesan tetakan dipercayai dibunuh

Bernama
Bernama
07/04/2026
05:54 MYT
Lelaki maut dengan kesan tetakan dipercayai dibunuh
Dalam kejadian itu, beberapa rakan mangsa turut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini. - Gambar/ PDRM
Seorang lelaki maut dengan kesan tetakan dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di kawasan Buntong di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima maklumat awal tentang satu pergaduhan kira-kira 11.10 malam sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di tengah jalan dengan kesan kecederaan parah dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam.
“Siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu berada di sebuah premis sewa kereta bersama rakan-rakannya sebelum didatangi sekumpulan suspek yang bertindak menyerang menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Najib berkata dalam kejadian itu, beberapa rakan mangsa turut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
"Seorang lelaki berumur 23 tahun yang bekerja sebagai penjaga tempat kereta sewa di lokasi kejadian telah ditahan bagi membantu siasatan dan usaha mengesan serta menangkap suspek lain masih giat dijalankan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302, 326 dan 148 Kanun Keseksaan kerana membunuh, mendatangkan cedera parah dan merusuh," katanya.
Muhammad Najib berkata mangsa tidak bekerja dan akan datang ke lokasi tersebut bagi membantu di tempat kereta sewa berkenaan.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#pergaduhan
#Buntong
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan