awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dihempap jengkaut semasa bersihkan padang ragut

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
03/12/2019
22:30 MYT
Lelaki maut dihempap jengkaut semasa bersihkan padang ragut
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto JBPM
Seorang lelaki maut selepas jengkaut yang dinaiki terbalik dan menghempapnya dalam kejadian di Padang Ragut Peta Temalik, Jalan Tengah, Kampung Tenang, Labis, di sini, pada Selasa.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, PBK II Sharfini Nasar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 5.27 petang dan tujuh anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Masor Rahman, 42 tahun, dari Kampung Gelang Cincin, Segamat.
"Ketika di lokasi kejadian, jentera jengkaut didapati terbalik dan menghempap mangsa.
"Difahamkan, mangsa membawa jengkaut bagi tujuan membersihkan kawasan padang ragut tersebut.
"Pihak bomba mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Operasi menggunakan 'air lifting bag' (beg pengangkat menggunakan udara)," kata Sharfini.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya.
Topic Berkaitan
#BBP Labis
#hempap mangsa
#jengkaut
#jengkaut terbalik
#Kampung Gelang Cincin
#Kampung Tenang
#Labis
#mangsa tersepit
#Masor Rahman
#maut dihempap jengkaut
#meninggal dunia
#padang ragut
#Padang Ragut Peta Temalik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan