awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditikam akibat kata-kata lucah, tujuh individu ditahan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/05/2023
02:30 MYT
Lelaki maut ditikam akibat kata-kata lucah, tujuh individu ditahan
Hasil bedah siasat mendapati lelaki terbabit meninggal akibat tikaman sebelum pihak polis menahan tujuh individu berusia lingkungan 25 hingga 38 tahun bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
MELAKA TENGAH: Pertengkaran mulut sekumpulan lelaki selepas tidak puas hati dengan kata-kata lucah yang dikeluarkan, bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut ditikam dalam kejadian di Taman Kenanga di sini, awal pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa seorang pengurus syarikat di Bukit Rambai berusia 35 tahun, maut selepas dipercayai ditikam di bahagian dada.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit, berkata siasatan awal mendapati insiden tercetus ketika mangsa yang dipercayai mabuk selepas berhibur, pergi ke gerai berhampiran lokasi kejadian untuk makan dan minum bersama rakan-rakannya.
“Kekecohan itu dipercayai bermula apabila mangsa berbual dengan rakan-rakan mengenai saiz payudara seorang wanita berusia 26 tahun yang berada di gerai tersebut.
“Perbualan itu kemudian didengari pengawal peribadi dan teman lelaki wanita berkenaan yang menegur mangsa sebelum keadaan menjadi tegang dan berlaku tolak-menolak, tumbuk-menumbuk serta tikaman ke atas mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, akibat tikaman itu, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri, sebelum dibawa ke Hospital Melaka oleh dua rakannya menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Hasil bedah siasat mendapati lelaki terbabit meninggal akibat tikaman sebelum pihak polis menahan tujuh individu berusia lingkungan 25 hingga 38 tahun bagi membantu siasatan.
“Turut dirampas, sebilah pisau dan sebatang besi yang dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#tikam
#kata-kata lucah
#maut ditikam
#mabuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan