awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kayak dinaiki pelajar IPG dipercayai terbalik kerana arus deras - Polis
Aksi pandu lawan arus tular, polis buru pemandu kereta
Cuaca panas: Perak pantau rapi empangan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, dua kanak-kanak cedera kereta terbakar langgar jentera berat

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2026
03:42 MYT
Lelaki maut, dua kanak-kanak cedera kereta terbakar langgar jentera berat
Keadaan Toyota Vios yang terbakar kira-kira 80 peratus selepas terbabit kemalangan dengan jentera berat JCB di Jalan Kota Tinggi–Kluang berhampiran Ladang Tabung Haji di Kluang. - Foto JBPM Johor
Seorang lelaki maut manakala dua kanak-kanak cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah jentera berat jenis JCB sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Kota Tinggi–Kluang berhampiran Ladang Tabung Haji, awal pagi ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Nor Salihin, 37, yang juga bapa tiri kepada dua kanak-kanak perempuan terbabit iaitu Nawwal Husna, 7, serta kakaknya, Isyah Radiah Mohd Aizam, 10.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II ( PBKII) Juazman Miskon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sepasukan 11 anggota bersama dua jentera termasuk bantuan dari BBP Bandar Tenggara tiba di lokasi kira-kira jam 12.58 tengah malam.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati sebuah kereta Toyota Vios terbakar kira-kira 80 peratus akibat kemalangan dengan sebuah jentera berat JCB.
“Pemandu kereta, lelaki berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, dua penumpang kereta berkenaan iaitu kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 7 tahun mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam.
Menurutnya, pemandu jentera JCB berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum kereta itu terbakar.
“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu dengan sumber air daripada jentera,” katanya.
Katanya, operasi berjaya dikawal pada jam 1.20 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.46 pagi selepas pemeriksaan dilakukan bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat.
Jelasnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#kereta terbakar
#kereta langgar jentera berat
#Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan