awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Sabah berhadapan cabaran bekalan tenaga - TPM Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kereta terbabas, jatuh gaung di Genting Sempah

Astro AWANI
Astro AWANI
08/03/2026
22:21 MYT
Lelaki maut kereta terbabas, jatuh gaung di Genting Sempah
Sebuah kereta terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lama dari Genting Sempah menuju Gombak, malam tadi, mengakibatkan seorang maut. - Foto Selangor JBPM
Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 80 meter dalam kejadian di Jalan Lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak, malam tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.46 malam.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung.
“Seorang mangsa lelaki berusia 56 tahun dipercayai tercampak keluar dari kenderaan tersebut dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, anggota bomba menjalankan operasi menyelamat bagi membawa naik mangsa dari kawasan gaung.
Bagaimanapun, pada jam 1.15 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kes diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
Operasi melibatkan tujuh anggota bomba dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).
Topic Berkaitan
#kereta jatuh dalam gaung
#kemalangan maut
#genting sempah
#kereta terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan