awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut terjun Jambatan Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/09/2019
04:15 MYT
Lelaki maut terjun Jambatan Pulau Pinang
Lelaki yang terjun Jambatan Pulau Pinang itu meninggalkan kereta Proton Waja miliknya di tepi jambatan sebelum terjun. - Gambar Polis Diraja Malaysia
Seorang lelaki maut selepas terjun di kilometer 5.4 Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian malam Khamis.
Lelaki berusia 54 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah akibat terhempas ke atas batu selepas terjun pada ketinggian 70 meter dari atas jambatan sekitar pukul jam 10.30 malam.
Mayatnya ditemui tertiarap di celah batu dengan kesan kecederaan di siku kiri, kaki kanan, dahi kanan dan belakang badan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang memaklumkan, siasatan mendapati lelaki itu yang bekerja di Sungai Petani, Kedah meninggalkan kereta Proton Waja miliknya di tepi jambatan sebelum terjun.
Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di dalam kereta menemui sekeping kertas yang tertera alamat rumah dan juga nombor telefon bimbit abang serta adiknya.
Che Zaimani berkata, pihak polis juga sudah memanggil dua pegawai di tempat kerjanya untuk membuat pengecaman mayat.
Hasil keterangan lanjut daripada pegawai terbabit, mereka memberitahu lelaki itu bertugas di penjara dan berpangkat sarjan, sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
Menurut mereka, lelaki terbabit sebelum ini memberitahu dia menghidap gastrik dan sukar tidur malam.
Malah dia baru sahaja mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Sungai Petani, Selasa lalu dan diberi cuti sakit selama sehari.
Sementara itu, Che Zaimani berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
Setakat ini, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Jambatan Pulau Pinang
#lelaki maut
#pegawai penjara
#sarjan
#terjun jambatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan