awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis kesan pemandu langgar anggota trafik hingga cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku salah rompak tukang masak, jatuh hukum 27 April

Bernama
Bernama
25/03/2026
08:13 MYT
Lelaki mengaku salah rompak tukang masak, jatuh hukum 27 April
Gunasegaran yang tidak bekerja didakwa merompak Choo Teck San, 50, dan mencederakan mangsa berhampiran sebuah warung di Jalan Pudu di sini pada 10.30 malam, 12 Mac lepas. - Gambar hiasan
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang tukang masak berhampiran sebuah warung, dua minggu lepas.
S. Gunasegaran, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim K. Pavani, yang kemudiannya menetapkan 27 April ini untuk jatuh hukum.
Gunasegaran yang tidak bekerja didakwa merompak Choo Teck San, 50, dan mencederakan mangsa berhampiran sebuah warung di Jalan Pudu di sini pada 10.30 malam, 12 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Iwanina Ibrahim tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin selain memohon supaya tarikh jatuh hukum ditetapkan, manakala Gunasegaran tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#kes rompak
#tukang masak
#jatuh hukum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan