awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku tidak bersalah dakwaan cabul kanak-kanak dalam lif

Sinar Harian
Sinar Harian
20/05/2022
23:19 MYT
Lelaki mengaku tidak bersalah dakwaan cabul kanak-kanak dalam lif
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas tuduhan mencabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di lif sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di Kerinchi, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, lelaki berusia 30-an itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
"Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
"Mahkamah turut memerintahkan tertuduh ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.
Beliau berkata, mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 20 Julai ini.
Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki direman lima hari berhubung kes amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam lif sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kerinchi, 14 Mei lalu.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#amang seksual
#Kanak-kanak
#cabul dalam lif
#PPR Kerinchi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan